Khasiat Madu Asli Dan Cara Yang Betul Untuk Mengamalkannya
Khasiat madu jika betul dengan cara pengamalannya, sudah pasti akan lebih berkesan untuk mengatasi masalah batuk serta pernafasan kita sekeluarga khususnya untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Seperti mana yang kita semua tahu, madu asli adalah salah satu makanan yang sangat baik untuk kesihatan kita. Namun, adakah kita tahu sama ada cara memakan madu yang betul untuk menjaga kesihatan kita?
Di sini akan diterangkan secara ringkas khasiat madu. Dan terdapat 3 cara yang betul untuk mengamalkan makan madu asli.
Cara Memakan Madu Yang Betul
Ramai yang mengamalkan memakan madu. Tetapi, tidak ramai tahu cara sebenar yang betul untuk memakannya. Diketahui ramai, madu adalah penyembuh pelbagai penyakit dan untuk mendapatkan manfaatnya, kita perlu yakin bahawa madu mampu menyembuhkan penyakit kita.
Kita tidak seharusnya ragu-ragu dengan keberkesanannya apabila kita mahu mengamalkannya. InshaAllah akan menjadi ubat seperti mana yang telah diceritakan.
Sebelum nak makan madu, disarankan juga untuk melakukan solat hajat 2 rakaat tujuannya adalah untuk memohon kepada Allah agar kita diberikan kesihatan dan kesembuhan penyakit yang dialami ini.
Digalakkan juga untuk memperbanyakkan bersedekah kerana dengan bersedekah, dosa kita dapat dihapuskan dengan bersedekah. InshaAllah.
Kemudian, barulah kita berikhtiar untuk mengamalkan makan madu kerana ianya tidak sama dengan ubat untuk perubatan moden sekarang. Madu itu adalah ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang telah disebutkan di dalam al Quran.
Ada 3 cara yang kita boleh lakukan untuk memakan madu dengan betul. Berikut diterangkan secara ringkas cara yang boleh kita amalkan:
- Madu yang kita nak makan, kita tuangkan di tapak tangan kita dengan anggaran sebanyak satu sudu besar. Kemudian, kita jilat sedikit demi sedikit madu tersebut sehingga habis.
- Kita boleh tuang madu di dalam air suam dengan anggaran satu sudu besar madu. Kita kacaukan air tersebut lalu kita minum sedikit demi sedikit sehingga habis.
- Minum madu ini harus diamalkan ketika perut kosong, di waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Disarankan juga selepas makan madu 30 minit sehingga satu jam jangan makan apa-apa.
Untuk waktu makan madu ini bergantung kepada keadaan penyakit kita. Jika dah makan dua kali sehari masih belum kurang, kita cuba tambahkan bilangan waktu makan dalam sehari untuk lihat kesan yang lebih baik. Perlu konsisten dan InshaAllah, kita cuba jadikan amalan sehingga rasa diri kita menjadi lebih sihat.
Namun, jika terdapat masalah lain seperti jantung menjadi berdebar selepas mengamalkan makan madu, kurangkan bilangan makan madu sehari selama seminggu dan tingkatkan semula bilangan makan madu selepas itu. InshaAllah akan menjadi ubat dan penawar kepada penyakit kita.
Boleh juga dapatkan Madu Asli Asmak yang akan disertakan dengan habbatussauda’ asli untuk memberikan manfaat yang lebih baik kepada pengamal makan madu.
Terdapat Madu Halia Bentong dan Madu Kurma Merah yang mempunyai khasiat tambahan kepada mereka yang memerlukan untuk lebih baik. Semoga kita semua akan mendapat kebaikkan daripada ikhiar kita ini. InshaAllah.